Tukar Kad Debit Cimb Expired Secara Online

Tukar Kad Debit Cimb Expired Secara Online

Penukaran kad debit cimb yang telah tamat tempoh atau hampir tamat tempoh sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan boleh dibuat secara online sahaja. Tidak perlu beratur panjang di kaunter dan menunggu nombor giliran.

Author : Boleh Share
Post on October 15, 2023
tukar kad debit cimb expired secara online
Photo by ©


Dalam kesibukan kerja dan tugas harian, kadang kita terlupa yang kad atm cimb kita dah pun tamat tempoh. Nak pergi tukar ke cawangan cimb terdekat pula ada kekangan masa. Bagi yang bekerja ikut masa pejabat nak kena apply cuti lagi.

Dan ini semata-mata untuk nak perbaharui kad cimb yang dah pun tamat tempoh.


Berita baiknya, anda kini tak perlu lagi ke mana-mana cawangan bank cimb untuk renew kad atm anda.


Ya, anda tak perlu beratur atau ambil kupon untuk menunggu giliran anda tiba. Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. Hanya dengan beberapa klik, anda boleh memesan kad baru bagi menggantikan kad anda yang telah tamat tempoh atau hampir tamat.

Anda boleh menggunakan kemudahan renew online dengan syarat :

  • kad anda telah tamat tempoh.
  • kad akan tamat tempoh dalam masa 3 bulan lagi.
  • anda menetap di Malaysia ketika memohon.
  • nombor talipon anda mestilah berdaftar dengan cimb.

Jika kad anda masih aktif melebihi tempoh tamat tiga bulan, kemudahan ini tidak disediakan untuk anda.


Cara tukar kad cimb yang expired secara online

Pertamanya anda pergi ke website cimb www.cimb.com.my/renewal.


  1. Tekan butang 'click here to renew now'.
  2. Masukkan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan.
  3. Masukkan 4 digit terakhir nombor kad debit. Tekan 'Proceed'.
  4. Anda akan terima OTP (one time password) melalui sms.
  5. Masukkan nombor OTP dan tekan 'Confirm'.
  6. Langkah seterusnya pilih 'Renew my debit card and deliver to me'. Tekan 'Proceed'.
  7. Semak alamat terkini samada ia sama dengan alamat yang tertera.
  8. Pilih 'Mailing Address' dan masukkan alamat anda ingin kad untuk dihantar.
  9. Pastikan alamat betul dan tekan 'Yes' untuk pengesahan.

Kad akan dipos ke alamat anda dan anda akan menerima kad debit baru cimb dalam tempoh 14 hari bekerja.


Permohonan gagal dan anda di minta ke cawangan terdekat

Saya dah cuba banyak kali tapi tidak berjaya. Apa yang perlu saya buat? Ini boleh berlaku. Malah ia pernah terjadi pada saya sendiri untuk renew salah satu dari kad cimb saya.

Untuk kes seperti ini anda tiada pilihan selain walk in ke cawangan cimb terdekat.


Pengesahan kad debit atm cimb yang baru

Kad debit cimb yang berjaya dihantar kepada anda belum lagi diaktifkan. Anda perlu aktifkan kad ini sebelum dapat menggunakannya.

Ada 2 cara untuk aktifkan kad ini :

  1. secara online di website cimb clicks.
  2. secara walk in ke branch atm cimb.

Cara pengesahan secara online

Anda mesti menggunakan browser bagi tujuan ini dan bukannya cimb click app. Seperti google chrome misalnya.

  • Login masuk ke cimb clicks.
  • Kemas kini butiran kad debit baru anda.
  • Ikut arahan seterusnya di skrin untuk verification.


Cara pengesahan secara walk in di atm branch cimb

  • Masukkan kad debit baru anda ke dalam atm mesin cimb.
  • Masukkan nombor pin atm 6 digit anda yang asal.

Sebaik kad baru berjaya diaktifkan, kad debit lama anda akan terbatal. Anda boleh musnahkan kad lama ini dengan cara memotongnya.

Sekarang anda dah boleh terus menggunakan kad debit baru anda. Jangan lupa untuk 'sign' di belakang kad baru anda.


Ringkasan

Dengan kemudahan yang disediakan oleh cimb, anda dapat menjimatkan banyak masa untuk menukar kad debit anda yang dah expired. Dan ini dilakukan hanya dengan keselesaan berada di rumah atau di mana-mana asalkan anda ada capaian internet.

Selain kad debit cimb anda mungkin juga ada kad maybank. Kad debit maybank anda juga hampir expired? Jom saya tunjukkan 3 cara mudah nak renew kad debit maybank anda di sini.

Baca juga :

Ada Tiga Cara Tukar Kad Debit Maybank Yang Expired.

full-width

Share this post

Writer

boleh share

Author :

Boleh Share

Kami suka sharing. Kami sharekan idea, gaya hidup dan info-info terbaru. Juga promo code yang memberi ganjaran tunai.